Thursday, July 22, 2010

APLIKASI PENGGUNAAN EM

APLIKASI DAN PENYIMPANAN EM
EM adalah kumpulan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Gabungan bakteria yang berperanan sendiri akhirnya membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada alam ianya memberi faedah yang menakjubkan kepada alam sekitar dan kehidupan.
Aplikasi penggunaan khusus bergantung kepada keadaan dan perawatan tertentu.Kajian haruslah dilakukan bagi memastikan kaedah paling berkesan dan ekonomikal.
EM adalah benda hidup. Pengaktifan, penyimpanan dan aplikasi adalah fasa terpenting dalam menentukan keberkesanan penggunaan EM.

Penyimpanan:
Jika anda pengguna Probac:
-Elakkan simpan di tempat haba atau bergoyang.
-Untuk hasil terbaik guna serta merta atau dalam masa 14 hari selepas dibuka.Penyimpanan yang baik boleh menjangkau 2bulan.
-Lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.Gas akan berkurangan pada minggu ke-2.
-Gunakan air tidak berklorin untuk aplikasi anda (simpan takungan air 48jam).
-Bau masam-masam manis.
-Jangan berjimat dan simpan terlalu lama. Gunakan untuk mandi, bunga pasu, tandas, sinki dsb.
-Jika bau busuk seperti telur busuk, jangan gunakan dan buang terus ke dalam longkang.
Aplikasi:
-Rujuk label untuk aplikasi tertentu.
-Rawatan setiap hari jika perlu.(Cth: untuk ternakan sebaiknya rawat selama 3 hari berturut-turut sebelum rehat selama 7 hari.)
-Rawatan berselang seli.(cth:hari 1,3,5,7,9 dan seterusnya)
-Rawat secara kerap dan boleh dikurangkan setelah masalah berkurangan/hilang.
-Rawatan dari peringkat permulaan hingga tuaian.
Tujuan rawatan adalah untuk mewujudkan persekitaran EM( EM environment).
EM-1 Dalam Persekitaran Vermicomposting
Penggunaan EM-1 dalam usaha vermicomposting amat digalakkan & penggunaannya bermula pada peringkat pra-pengkomposan bagi mempercepatkan jangka masa penguraian / pereputan sisa buangan organik.
Mikrob berfaedah mula membiak & berfungsi pada peringkat pra-pengkomposan dalam persekitaran vermicomposting. Ianya dapat menambah nilai mutu baja secara menyeluruh.
Mikrob berfaedah ada di mana-mana & ianya penting sebagai salah satu agen penguraian / pengkomposan terutamanya Lactobacillus. Ianya saling bekerjasama dengan cacing kompos dalam sistem vermicomposting. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput & memakan medium besertamikrob bagi membantu penghadaman. Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia.
EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.
PROSES MENGAKTIFKAN EM-1
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
EM-1
Gula Merah / Molases
Air Bersih ( Bebas Klorin )
Tong / Botol Plastik Berpenutup
Nisbah Bancuhan – 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih
Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.
Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C – 40 C.
EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.
Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).
Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :
1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.
EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.
EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.